Latest Posts from K.E.H.I.D.U.P.A.N

Powered By Blogger

October 5, 2010

Sesiapa yang tidak mengenali Maher Zain?



Siapakah Maher Zain sebenarnya? Adakah beliau mempunyai sebarang kaitan dengan penyanyi tanahair negara kita iaitu Anuar Zain ataupun Ziana Zain?

Ternyata pasti semua penggemar nasyid mengenali beliau. Nak ceritalah sedikit mengenai biografi beliau. Beliau ni merupakan penyanyi yang berasal dari Sweden. Dengar kata beliau ni terkenal apabila video muziknya mendapat perhatian seluruh dunia melalui laman web video terkenal iaitu Youtube.

Antara lagu-lagu yang didendangkan ialah "For The Rest Of My Life","Barak Allah","Hold My Hand" dan banyak lagi. Lagu-lagu nasyidnya memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana melodinya yang agak kontemporari tetapi masih berunsur nasyid.

Korang boleh dengar lagu-lagu beliau ni kat corong-corong radio IKIM.fm. Aku pun baru tahu beliau sebab kawan-kawan aku yang mula meminati beliau ini.

P/S: Jangan asik dengar lagu nasyid tapi perangai masih cam setan...

August 20, 2010

Punca utama berlakunya penceraian suami isteri. Logik kah?

    Walaupun saya ini tidak pakar mengenai isu hubungan antara suami isteri, tetapi tidak salahnya saya meluahkan pendapat tersendiri. Satu pendapat yang menjelaskan punca berlakunya penceraian antara suami isteri.

   Menurut pandangan saya, punca utamanya berlaku sejak di zaman remaja lagi. Kebanyakan remaja sekarang bergaul tanpa batasan antara dua jantina, lelaki dengan perempuan. Apabila bergaul tanpa batasan, maka sudah tidak ada rasa perbezaan antara kawan dengan suami isteri.


Masih kurang jelas? Baiklah, saya akan mengupas isu ini dengan lebih terperinci. Tujuan berkawan ini lebih bersifat suka-suka dan merapatkan silaturrahim. Kawan akan tolong kita kalau kita susah dan juga sebaliknya. Kawan akan menjadikan hidup kita tidak sunyi. Memang banyak kelebihan berkawan ini, tetapi ini tidak bermakna kita juga perlu berkawan dengan manusia berlainan jantina. 

Memang ada tujuan Tuhan menegaskan supaya kita tidak bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan. Tujuannya ialah supaya kita mendapat kenikmatan hubungan antara suami dengan isteri. Bayangkan, kalau kita mengamalkan pergaulan bebas, mana mungkin kita akan rasa satu kenikmatan kalau kita sudah ada suami atau isteri nanti.

Fikir-fikirkanlah, kerana setiap yang ditentukan oleh Tuhan ada hikmahnya yang tersendiri dan pasti memberikan manfaat kepada manusia itu juga.



August 5, 2010

Benarkah kumpulan lelaki lebih bermasalah berbanding kumpulan campuran antara lelaki dengan perempuan?

Bagi yang tertanya-tanya dan kurang faham, perbincangan ini merujuk khas kepada golongan pelajar atau siswazah. Apa yang nak dikongsikan ialah benarkah kumpulan yang terdiri daripada lelaki sahaja lebih memberikan banyak masalah berbanding kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Mari kita lihat satu persatu.

Sekolah SESAR yang terdiri daripada lelaki kesemuanya memiliki keputusan SPM 2009 antara yang terbaik di peringkat kebangsaan. Adakah ini sudah cukup membuktikan kumpulan lelaki sahaja lebih baik?

Majoriti di setiap kelas pasti ada percampuran lelaki dengan perempuan. Tapi apabila melihat sekolah-sekolah agama atau MRSM yang berkonsepkan islamiah (MRSM Ulul Albab), mereka masih menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.Ternyatalah, kumpulan yang terdiri daripada lelaki dengan perempuan langsung tidak memberikan masalah.

Soalnya di sini ialah sikap dan atitud pelajar itu sendiri. Terpulanglah kepada pihak sekolah atau institusi pendidikan untuk menentukan kaedahnya yang tersendiri. Jauhilah pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan kerana fungsi utama sekolah ialah untuk belajar bukan untuk bergaul bersama rakan-rakan. Niat atau nawaitu seseorang itu penting dalam melakukan sebarang perkarapun.

Blog Berwajah Baru!

Berwajah baru memberikan makna yang kosong tanpa idea-idea yang baru lagi bernas. Insya-allah, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan idea-idea baru yang lebih berkualiti yang dapat dikongsi kepada semua ahli masyarakat tanpa mengira jantina, kaum dan sebagainya. Wallahualam.

April 26, 2010

Hakikat sebenar kehidupan...Hayatilah

Bukan nak tipu, bukan nak bohong. Ini semua benar. Satu hakikat mengenai kehidupan kita semua.

Kenapa manusia sekarang dasyhat? Mengalahkan binatang. Mana taknya anjing yang haram dipegang pun lebih menyanyangi anaknya. Tak ada sampai nak buang anak kat tempat pembuangan sampah,misalnya.

 Kenapa ini semua terjadi? Pokok utamanya ialah lemahnya akidah. Keduanya ialah keduniaan yang melampau-lampau. Apa yang melampau-lampau? Hiburan, budaya bebas yang kononnya terbuka dan liberal dan politik yang tidak sudah-sudah.

Manusia harus sedar bahawa kita sebenarnya sering tertipu. Agama sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan. Jangan ikut barat yang mengamalkan sekularisme. Agama lain, dunia lain. Apa la? Cuba kita renungkan apalah gunanya agama itu sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan.

Kenapa kita malas sembahyang? Kerana tak nampak pahala dan dosa.

Kenapa kita sering suka bercinta, berdua-duaan dan akhirnya berzina? Kerana lebih mengutamakan nafsu daripada akal.

Kenapa kita malas belajar? Kerana tak nampak masa depan. Tanpa ilmu, tak adalah pekerjaan. Tak ada pekerjaan, tak adalah wang. Kalau tak ada wang, macam manalah nak tanggung anak isteri bila dah kawin nanti oi. Fikirlah masak-masak. 

Memang betulla, semua perkara di dunia ini sudah diaturkan oleh Tuhan. Apa yang diaturkan? Perkara wajib. Perkara sunat, perkara haram. Termasuklah skrip perjalanan hidup setiap orang.

Apabila berlaku, janganlah sering dipersoalkan kerana itu soal Tuhan. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. 

April 9, 2010

Renungan Semua! (Baca dengan hati yang terbuka)

Hidup ini kadangkala tak adil. Orang miskin terus miskin. Orang kaya terus kaya. Orang pandai menyalahgunakan kepandaian untuk melakukan kejahatan yang lebih dasyhat daripada orang kurang pandai.

Memang tak adil.

Betullah kata orang, dunia dah nak kiamat. Macam-macam perkara negatif lagi menyedihkan terus berlaku tanpa mengira sapa jua.

Kita yang masih diberikan hidayah oleh Tuhan ini harus bersyukur kerana tidak terlibat dalam melakukan perkara-perkara negatif. Kita yang masih bersikap positif harus mengajak manusia-manusia yan tidak terpilih itu untuk kembali jalan yang benar.

Setakat keputusan gempak, tetapi perangai hancur pun tak guna. Itu namanya ilmu tanpa amal. Ilmu tanpa amal ternyata sia-sia. Menuntut ilmu tak ikhlas. Bagi saya menuntut ilmu biarlah ikhlas dan sentiasa bersyukur kerana kita harus ingat bahawa ramai orang di luar sana terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman yang tidak berpeluang menerima pendidikan. Kerana apa? Kerana masalah kewangan.

Maaflah nak berkata bahawa ramai remaja sekarang berlumba-lumba sesama sendiri untuk menjadi manusia terbaik hanya daripada segi pendidikan sahaja. Memang dasar Barat betul, yang hanya menekankan pendidikan lahiriah. Lagipun, manusia yang terbaik ialah manusia yang bersikap sederhana dalam apa jua benda. Bukan nak halang untuk menjadi maju, tetapi ingatlah bukan di situ puncak kebahagiaan seseorang dalam kehidupan.

Renunglah dan ambil iktibar buat semua.

March 31, 2010

Pentingnya isu kepercayaan..

Mintak maaf kerana lama mengabaikan blog ini. Agak lalai untuk menyambung. Baiklah, saya ingin berkongsi satu isu yang bakal membuka minda para pengunjung sekalian.

Isunya ialah mengenai sifat percaya pada diri kita. Kita selalu mempercayai benda yang kita nampak, benda yang kita lihat dan segala-galanya dapat dirasai. Harta, pangkat dan benda-benda yang cantik dan melalaikan. Bukan nak jadi gila, tak nak percaya benda yang kita nampak. Sebaliknya kita alpa dan lupa bahawa segala benda yang kita nampak di muka bumi ini kadangkala hanyalah palsu semata-mata.

Maaflah untuk berkata bahawa kepercayaan sebegini memanglah dungu dan tidak baik. Masyarakat kini sering memandang luaran, malangnya nilai-nilai dalaman diketepikan. Memang betul kata Faisal Tehrani menerusi bukunya,"Maaf dari Surga", Sistem pendidikan masa kini tidak berjaya membentuk manusia yang benar-benar cemerlang.

Berbalik kepada soal kepercayaan, yang paling penting ialah mempercayai kepada benda-benda yang kita tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Soal ketuhanan, dosa dan pahala dan sebagainya.

Kita tak sedar yang kita akan bertemu dengan Tuhan kita. Kita akan dicabut nyawa. Mungkin, kita ni kalau disogok atau dirasuahkan, baru nak beribadat, baru nak sedar akan kesalahan. Apa taknya, rasuah ni diamalkan oleh oleh orang atasan. Tak usahlah rasuah ni kian menyerap rakyat-rakyat biasa pula.

Bak kata orang,"Cakap orang lebih, dia pun sama je."

Kesimpulannya di sini ialah kepercayaan kita perlu kuat. Jangan percaya hanya apabila dikaburi mata. Percaya pada hati kita dalam menuju ke arah yang benar.