Latest Posts from K.E.H.I.D.U.P.A.N

Powered By Blogger

January 20, 2010

hidup ini ada 3 bahagian...

Untuk menghayati kehidupan ini, kita perlu tahu kehidupan ini sebenarnya ada 3 bahagian penting. Cuba kita sama-sama renungkan adakah kita tergolong dalam kehidupan yang baik atau tidak.

Bahagian pertama - Sesuatu benda yang tidak mendatangkan kematian atau malapetaka jika tidak melakukannya.

Huraian: Kehidupan ini sebegini sering dikaitkan dengan hiburan dan nafsu kehendak kita dalam kehidupan seharian. Contohnya ialah internet, telefon bimbit, hiburan dan permainan video. Orang yang selalu berada dalam kehidupan ini sebenarnya tidak baik kerana sering lalai dan tidak tahu mengenali erti cabaran dan susah payah dalam kehidupan.

Bahagian kedua - Sesuatu benda yang akan mendatangkan mudarat dan musibah jika tidak mendapatkannya.

Huraian: Kehidupan ini biasanya dikaitkan dengan keperluan harian kita dalam kehidupan seperti makanan, minuman dan tempat tinggal. Apabila sebut akan keperluan, semua manusia tanpa mengira darjat wajib mendaptkannya untuk terus hidup di muka bumi ini. Sesiapa yang mendapatnya haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana tidak seperti orang miskin dan papa kedana yang bermati-matian untuk mendapatkannya.

Bahagian ketiga - Sesuatu benda yang tidak mengakibatkan kematian kalau tidak melakukannya, tetapi mendatangkan mudarat selepas kematian.

Huraian: Kehidupan seumpama ini dikaitkan dengan agama. Aspek agama adalah paling sukar untuk dihayati bagi setiap penganutnya. Manusia yang sempurna adalah memikirkan kehidupannya sama ada di dunia dan akhirat. Hanya agama sahaja mengajar dan menerapkan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak. Ingatlah, dunia ini ibarat persinggahan sementara untuk menuju destinasi terakhir iaitu akhirat.

Sekian, terima kasih dari saya.Wasalam 

No comments:

Post a Comment