Latest Posts from K.E.H.I.D.U.P.A.N

Powered By Blogger

January 18, 2010

Besarnya erti kesyukuran...

Kita ni manusia kerdil yang hanya diciptakan Tuhan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Perkara penting di sini ialah kita harus bersyukur ke atas segala yang telah dikurniakan-Nya.

Ada orang kata kalau hendak bersyukur, kita hendaklah selalu melihat orang yang lebih bawah daripada kita, bukan orang yang di atas kita. Kalau tak, itulah jadinya penyakit macam-macam seperti tamak, rasuah, dengki dan sebagainya. Orang macam ni kalau mati, baru nak sedar akan kesalahannya. Hati dah gelap. Gelap dengan kekayaan dunia yang sementara.

Apabila makan, kita selalu teringat dan terbayang mangsa-mangsa pelarian yang kadangkala terlalu sukar hendak mencari makanan. Ada juga yang mencari makanan di sampah-sampah. Terbaru sekali berlaku pada mangsa-mangsa gempa bumi di Haiti yang begitu menderita. Orang yang memiliki hati yang suci sahaja dapat menghayati penderitaan mereka.

Kita yang hidup dengan kemewahan, susah nak menghayati penderitaan. Mereka ni perlu diberi peluang untuk merasai begitu pedihnya sengsara tanpa wang dan keperluan asas yang mencukupi. Kesyukuran perlu ada. Sentiasa bersyukur kepada Tuhan pada bila-bila masa. Bukan hanya ketika di surau atau masjid semata-mata.
Sekian buat sementara. Wasalam


No comments:

Post a Comment