Sungguh manis dan ranum rasanya,
Tercipta blog tentang satu kehidupan,
Tidak rugi tuan dan puan melawatnya.
Assalamualaikum..salam perkenalan. Di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan syukur oleh Tuhan kerana diberi masa dan semangat kuat untuk menulis satu blog yang menceritakan kehidupan yang kita alami sekarang ini. Tanpa jasa Blogger.com, saya mungkin tidak mampu untuk menulis blog ini.
Terdetik hati untuk menulis blog mengenai kehidupan yang begitu luas perspektifnya. Mengapa kehidupan? Siapa saya untuk bercerita mengenai isu kehidupan? Lain orang, lain citarasa. Saya suka berfikir. Cuba kita duduk sebentar di suatu tempat yang sunyi. Apa yang kita fikirkan pada masa itu? Mungkin sesetengah pendapat berkata, tempat yang sunyi pasti menimbulkan suasana yang aman dan tenang. Bagi pelajar pula, ia satu tempat yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.
Kemungkinan-kemungkinan yang lain:
- Bosan
- Senang untuk tidur
- Teingat nostalgia dan kenangan lama
- Mudah memikirkan idea baru dan kreatif
- Hati menjadi tenang
Nampaknya sampai di sini sahaja warkah pendahuluan,
Lain masa, lain hari, saya akan bercerita lebih lanjut lagi mengenai isu-isu yang sering berlaku dalam kehidupan kita, yang pastinya lebih menarik untuk dikongsi bersama. Wasalam.
No comments:
Post a Comment