Latest Posts from K.E.H.I.D.U.P.A.N

Powered By Blogger

January 5, 2010

Remaja sekarang, bukan kepalang

   Remaja. Apa yang kita tahu mengenai remaja ini? Cuba bandingkan remaja sekarang dengan remaja dahulu. Jauh beza sekali. Mengapa ini terjadi sebegini rupa? Jawapan bagi remaja masa kini mudah, iaitu perederan masa. Zaman sekarang mana sama dengan zaman dulu. Kalau tak ikut peredaran zaman, nanti dikatakan ketinggalan, lapuk ataupun kuno.

  Situasi ini berlaku bukan disebabkan isu peredaran masa dan waktu. Apa yang sebetulnya? Isu prinsip dan cabaran remaja itu sendiri. Zaman dulu, hiburan taklah segila zaman sekarang, dengan wujudnya internet, telefon bimbit, permainan video, muzik dan pengaruh-pengaruh tertentu. Kalau tak wujud benda-benda ini pada masa kini, saya pasti tak kan ada perubahan ketara pada diri remaja.

   Saya takut remaja masa kini akan hancur. Takkan ada yang mampu menjadi pemimpin negara pada zaman akan datang. Bukan nak menyekat, tetapi itulah hakikatnya. Kalau tak ada hiburan, stres dan boleh jadi sakit mental. Memanglah betul, tapi biarlah berpada-pada. Kita tahu bahawa remaja memerlukan kebebasan dan tak mahu disekat apa-apa. Kena ingat, ibu bapa tak boleh diderhakai. Nanti kena murka dengan Tuhan. Mereka nasihat kita, bukan saja-saja. Tapi mereka mahukan yang anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

   Bayangkan. ibu bapa kita telah meninggal dunia, adakah mereka gembira melihat kita berperangai buruk? Ingatlah, waktu remaja bukan hanya untuk bersuka ria semata-mata. Sebagai remaja, kita perlu bersiap sedia menghadapi dewasa. Kalau dah kahwin. takkan berperangai macam kebudak-budakan lagi. Masih lepak dengan kawan-kawan lagi. Tolonglah, isteri sekarang mana suka lelaki yang tak matang. Hancur rumahtangga kalau ada suami sebegitu rupa. Buka minda, buka hati. Bak kata cikgu saya, hidup ini bukan hanya menurut kepentingan diri sendiri, tapi hidup ini juga perlu menurut kepentingan orang lain. Siapa orang lain, tidak lain dan tidak bukan iaitu ibu bapa kita. Wahai remaja, cuba renung-renungkanlah artikel ringkas ini,

Wasalam.

No comments:

Post a Comment