Nampak remeh. Cuba fikirkan sebentar untuk mendapat gambaran yang sebenar. Baiklah, contoh yang kita boleh ambil ialah baju. Baju yang kita pakai bukan sembarangan sahaja. Lain tujuan, lain bajunya. Kalau nak pergi keluar jalan, pakai baju t-shirt yang sesuai. Kalau pergi menghadiri aktiviti formal, selalunya pakai baju kemeja atau sebagainya. Pokoknya di sini benda yang kita selalu guna dalam kehidupan memainkan peranan yang berbeza-beza.
Dari segi warna, kita suka pakai baju warna 'pink'. Warna sasaran bagi kaum perempuan. Lelaki pula sering dikaitkan dengan warna biru. Itu satu fenomena biasa. Setiap warna mempunyai emosinya tersendiri. Kalau merah, tandanya garang. Macam-macam.
Aspek-aspek lain yang dapat dilihat pada benda;
- Harga - Kalau selalu pakai benda yang mahal, orang ini dianggap berstatus tinggi dan suka menunjuk.
- Jenama - Jenama yang terkenal menggambarkan orang ini bercitarasa tinggi.
- Aspek penjagaan - Jika lihat sesuatu benda kotor atau sebagainya, ia menggambarkan orang ini tidak berhati-hati dan tidak pandai menghargai sesuatu.
- SEBAGAINYA
Kita kadangkala benda-benda yang kecil sebegini mampu menjadi kayu ukur terhadap diri kita. Kalau kita hendak melakukan sesuatu, kita hendak mengambil kira daripada semua segi walaupun ianya bersifat kecil. Itulah pengajarannya. Bak kata orang Melayu;"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit."
Sekian sahaja buat anda semua...wasalam
No comments:
Post a Comment