Perubahan tak semestinya cepat. Semuanya bergantung pada tahap kesedaran seseorang. Semakin tinggi kesedaran, semakin cepat dan singkat tempoh perubahannya.
Bak kata Digi," It's Time To Change".
Contoh situasi perubahan yang paling sukar ialah orang yang merokok dan berazam untuk tidak merokok lagi. Nampak senang, hakikatnya memakan masa yang agak lama. Pelbagai tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini seperti meletakkan gambar paru-paru yang hitam. Bagi saya, tindakan ini kurang berkesan. Apabila kita melihat isu rokok ini, kita harus sedar akar umbi atau puncanya ialah ketagihan. Benda-benda yang ketagihan seperti rokok ini memang sukar dikawal. Semuanya bergantung kepada kesedaran dan mentaliti perokok itu sendiri. Ada orang berpendapat bahawa kalau sekali cuba, pasti nak lagi. Bagi yang belum dan pernah merokok, lupakanlah sahaja niat anda buat selama-lamanya. Jangka masa pendek, memanglah seronok. Jangka masa panjang pula, rosak badan dan mengalami berbagai-bagai penyakit. Bukankah itu satu perkara yang bodoh untuk dilakukan. Jadi, janganlah melakukannya!
Bukan rokok sahaja, perkara-perkara buruk yang lain juga sama sahaja pendekatannya. Ingatlah, masa kita hidup di dunia hanya singkat. Bila lagi kalau nak berubah kalau bukan sekarang?
Sekian, wasalam
No comments:
Post a Comment