Belajar sering dikaitkan dengan pelajar sekolah. Jangan salah tafsir, belajar itu bersamaan dengan menuntut ilmu. Orang tua, dewasa dan sesiapa sahaja tanpa mengira usia juga masih dianggap 'pelajar'. Pelajar ini belajar secara tidak formal.
Selagi nyawa dikandung badan, jangan lupa untuk menuntut ilmu. Sebilangan sering berkata bahawa tak ada masa nak belajar. Jadual ketat. Ketatlah sangat mengalahkan jadual pemimpin negara atau wakil rakyat. Bukan tak ada masa, minat tu tak ada dan terciptalah alasan bodoh.
Kenapa? Sambil naik pengangkutan awam seperti bas awam dan komuter, bolehlah baca beberapa artikel pada suratkhabar. Jangan nak baca bab sukan sahaja. Kalau satu hari, satu artikel pun jadilah. Budaya Jepun terkenal dengan budaya membaca. Budaya Barat yang melalaikan boleh kita ikut. Takkan budaya asing seperti Jepun kita tak boleh contohi. Mustahil.
Orang zaman sekarang sering menganggap matlamat belajar adalah peperiksaan, terutamanya bagi golongan pelajar. Belajar sebenarnya untuk hidup. Setakat teori, tak ada praktikal, tak akan ada gunanya. Pelajar yang cemerlang akademiknya tak semestinya bagus dari segi sahsiahnya. Cuba perhati sendiri. Inilah realiti yang kita buat-buat tak endah. Orang yang benar-benar belajar ialah sering mengamalkan apa yang dipelajarinya walaupun sedikit. Belajar untuk menjadi manusia yang berguna pada bangsa, masyarakat, agama dan negara itu yang terbaik.
Wasalam dari saya.
No comments:
Post a Comment