Latest Posts from K.E.H.I.D.U.P.A.N

Powered By Blogger

January 8, 2010

Nak buat baik tetapi takut kena pulau?

Bukan tak ada isu sebegini. Ada la seseorang itu terdetik hatinya ingin berubah, tetapi faktor rakan-rakan menyebabkan dia sukar untuk berubah. Kalau nak tahu, pengaruh rakan sebaya adalah pengaruh paling kuat berbanding guru, ibu bapa atau pakar motivasi sekalipun.

Ada orang berpendapat;"Kalau kawan suruh senang je ikut, kalau ibu bapa atau guru susah nak diikutnya."

Jangan terlalu risau. Niat yang baik harus disokong, bukan dilarang. Kalau nak cari kawan, cari kawan yang baik. Kawan yang baik sentiasa menyokong perbuatan baik yang kita lakukan. Bagi yang ingin sedikit tips bagaimana ingin menjawab pernyataan rakan-rakan anda sekiranya perbuatan baik anda cuba disekat.

  • "Apa la kau ni asik duk umah je, boleh jadi gila tau. Lepakla dengan kitaorang. Lepas tu jalan-jalan..." 
      * Ayat yang sesuai: " Duk umah lagi bes.. boleh tengok tv..tak payah buang duit, buang tenaga,..."

  • " Kau ni tiba-tiba je rajin pergi surau...apahal? Usia masih muda laa.."
      * Ayat yang sesuai: " Takut nanti kalo masa tua baru nak taubat, banyak sangat dosa terkumpul...dan tak sempat nak cover semua dosa dengan pahala yang kita buat.."

  • " Aku nampak kau asik suka sangat tolong mak bapak ko kat rumah..ko ingat ko ni nak jadi suri rumah ke..."
      * Ayat yang sesuai: " Bila lagi kita nak berjasa kat ibu bapa yang telah banyak membesarkan kita, takkan sampai mereka meninggal dunia kot..."


Jawapan-jawapan yang sesuai bagi soalan yang bodoh.
Jangan jadi bodoh ikut rakan-rakan .
Hidup ni milik anda bukan milik rakan-rakan anda.

Sekian, wasalam.

No comments:

Post a Comment