Latest Posts from K.E.H.I.D.U.P.A.N

Powered By Blogger

January 6, 2010

Hayati seketika - sejenak - sesaat...

Dunia semakin maju, pembangunan bertambah pesat. Apa yang menyedihkan, nilai kemanusiaan semakin susut. Itu yang amat mendukacitakan. Kalau nak jadi manusia terbaik, semualah kena seimbang. Tak bolehlah fokus satu benda sahaja.

Di mana kita gembira, di tempat lain, ada yang menderita. Kita tak tahu apa yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai isu. Pelbagai masalah. Kita tak patut mementingkan diri sendiri. Dunia ini bukan kita seorang sahaja yang tinggal. Apa maknanya kehidupan kita, kalau kita sendiri tak menghayati kehidupan orang lain. Ni bukan soal 'jaga tepi kain orang'. Orang sekarang ramai salah tafsir. Kita harus ikut yang benar. Bukan ikut kerana benda itu jadi ikutan atau budaya.

Cuba kita hayati situasi kehidupan-kehidupan seperti ini:-

  • Orang miskin, papa kedana, tinggal sebatang kara. Kita yang hidup dalam keadaan baik harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, bukan lagi ikut nafsu nak kejar kemewahan sampai mati. Ingat, wang tak dibawa ke dalam kubur.
  • Orang yang ada penyakit yang hanya menunggu saat kematian seperti kanser. Kita yang ada nikmat hidup ini, insaflah. Buat sesuatu yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Bila nak mati, baru nak jadi manusia baik dan bertaubat. Dibuatnya, kita mati awal dan bila-bila masa sahaja yang kita tak jangkakan.
  • Orang yang mengalami kehilangan insan yang tersayang. Ingatlah bahawa Tuhan lebih menyayangi daripada kita. Tuhan menciptakannya, kita hanya bersamanya. Kita yang belum mengalami nasib seumpama ini, haruslah menghargai insan yang tersayang seperti ibu bapa selagi mereka masih hidup. Betullah, sesetengah berkata bahawa bila ada orang itu akan leka, bila tiada atau hilang barulah ingin menghargainya.
  •  Orang yang sentiasa dicemburui atas kelebihan yang dimilikinya. Perkara ini kadangkala biasa berlaku orang Melayu sendiri. Bagaimana nak maju wahai orang Melayu, kalau asyik nak cemburu. Tak ada perpaduan sesama kaum sendiri. Sepatutnya orang yang hebat dijadikan idola dan sebagai batu loncatan untuk kita jadi lebih berjaya. Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh?

Nak cerita banyak, nanti orang muak. Biar sedikit, lama-lama jadi bukit. Kata kunci kepada perkara-perkara di atas ialah mentaliti atau 'mindset'. Kalau dah ada mentaliti, tak perlu lagi ikut telunjuk orang. Aku nak jadi aku. Dia nak jadi dia. Hayatilah kehidupan ini kerana hanya fikiran dan perasaan yang mendalam sahaja yang mempu menjadikan kehidupan kita lebih bermakna. Wasalam

No comments:

Post a Comment